Lebih 60 tempahan persembahan tarian singa terpaksa dibatalkan, selepas tradisi tersebut dilarang bagi mengelakkan penularan COVID-19.
Naib Pengerusi Persatuan Hong Shan Kedah, Khoo Zi Hang berkata, kesemua tempahan mereka dibatalkan tiga hari lalu, sebaik pengumuman berkenaan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).